Thursday, December 2, 2010

Wednesday, December 1, 2010

Kadang-Kadang..

kadang-kadang orang suka..
kadang-kadang orang benci..
kadang-kadang orang puji..
kadang-kadang orang hina..
kadang-kadang orang percaya..
kadang-kadang orang beriya-iya..
kadang-kadang orang getik..
kadang-kadang orang meluat..
kadang-kadang orang menyampah..
kadang-kadang orang marah..
kadang-kadang orang kata.. ish.. baeknya dia...hehehe..


"sometime we need to be childish to make people smile..
jd gentleman tiap-tiap masa pn org x suke.."

Sunday, October 24, 2010

Always in my heart..

Apabila melihatkan lambang ini..barangkali anak-anak muda kini tidak mengetahui apa makna dan maksud tersirat disebaliknya..namun..bagi mereka yang tahu..amat sayu bila mengenangkannya..dialah Allahyarham Sudirman Haji Arshad.. komen di youtube ini cukup untuk meggambarkan betapa pemergiannya satu kehilangan besar pada industri seni tanah air.. "Sudirman ..... such a nice and great human being. A true talented and educated singer, Im such big fan of him since childhood. I cried when he died .... till now his voice moved me to tears. Sy percaya beliaulah satu2nya penyanyi Malaysia yang dapat menarik semua bangsa tak kira cina, india & melayu dan sebagai nya into 1Malaysian concept. Really miss his presence so much..... he should stay alive longer .... but what to do GOD loves him more than us!!! ..  
Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.
Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.
"Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya"..
Sewaktu hayatnya, selama 10 tahun, Sudirman menjadi kolumnis ruangan ‘Teringat-ingat’ dalam majalah hiburan URTV, terbitan Utusan Melayu. Beliau juga menjadi residen writer di Kumpulan Karangkraf. Tugasnya setiap hari ialah menulis dan melukis untuk majalah-majalah terbitan Karangkraf waktu itu seperti Bacaria, Nona, Media Hiburan, Mingguan Kanak-kanak dan Remaja. Idea itu adalah ideanya sendiri, lukisannya sendiri. Malah beliau turut menulis di Mingguan Malaysia dan menjadi kolumnis di beberapa buah akhbar mingguan tempatan, antaranya dia pernah menemuramah dan menulis riwayat hidup pahit getir perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba di dalam sebuah akhbar tabloid.

Bagi saya sendiri..Sudir adalah seorang penghibur yang cukup lengkap peribadinya..walaupun hakikatnya..saya tidak pernah bertemu malahan melihat kelibatnya..dari penceritaan orang ramai..ibu saya..sya tahu..dia yg terbaik..pnganjuran konsert percuma di Chow Kit Road..22 Februari..mencetuskan fenomena..dahsyat..alangkah baik jika sekiranya dia masih bersama kita..aku ingin sekali bertemu denganmu.. ya allah..kau cucuri rahmatnya agar dia tenang disana..

Kami amat merindui dirimu!!

Sejarah & Biodata lengkap Dato' Sudirman Haji Arshad





Patah Hati

Monday, October 4, 2010

10 Petanda Yang Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa.
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?
Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir.
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi ,
spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta
dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk
bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

 7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Tuesday, September 21, 2010

Penyesalan


..aq bkn seorang yg mudah mgaku kalah..aq bukan seorang yg mudah menyerah kalah..dan aq bkn ssorang yg sllu kalah..tetapi..Ya Allah..aq telah kalah dengan perasaan cinta dan sayangku kepada makhlukmu bernama wanita..aq mohon kepadamu..pnjamkan aq kkuatan dari Mu..agar dapat aq menempuh hari2 mendatang dengan jayanya..
Ya Allah..jika aq jatuh cinta sekali lagi..cintakanlah aq pada seseorang yang mencintai aq pd jalanMu..yang akan membawaku kepadaMu..dan tidak akan memalingkan aq pd cinta abadi..hanya padaMu..Amin..

Sunday, September 19, 2010

Pertemuan (Part 1)

17-Sept-2010..
0800 - g kje cm ari2 biase..
1030 - dkjutkan oleh panggilan dari sahabat lama..hafiz othman..mgajak dan mmujuk aq utk teman die g umah S.A ptg t..sbnanye aq pn dpt invitation dr S.A..tp xtw nk g ke x sbb kje..
1200 - aq ptuskan tok kje half day je arini..aq nk g jmpe dorg..n aq da jnji nk bwk de minah ni..F namenye..hehehe..kwn lme ktorg gk..
1500 - siap2 tok ke Puchong (again)..bt 1st i had to go to cyberjaya 2 pick-up my fren..
1600 - otw to Puchong..
1630 - smpai la ke umah S.A....mnunggu ktibaan apis..n saat yg dtgu tiba..masing2 mnahan sebak dan krinduan yg trpndam skian lama..saat berjabat tangan dan berpelukan..air mata hampir menitis..persahabatan yg telah lama terjalin yg dipisahkan dengan jarak dan waktu..kini kembali bersemi.. "relax bro..xmo ngis2 r..kte laki..malu r awek2 tu tgk t" ..

Aq N Apis..

n then..dtg lak A n H..so sweet..bmulalah cte2 psl muda2 dlu..mse kt skola rendah..hahaha..bes cgt dapat imbau lek sume knangan 2..tiba2 aq trsentap..dorg nk g umh S..aduh....F da tnye pndpt aq..aq diam..at last..aq cte kt apis srbe ckit npe aq xnk g..k..die phm..aq mncrik sribu satu alsan untk x bersama dorg..aq bkn xnk g..bkn xnk jmpe die..tp aq x snggup nk tgk mke die..nk hadapi die..ps ape yg aq da wt kt die..aq mlu n bsalah cgt3 kt die..aq xlyk nk jmpe die...tup2..G ajk aq tmn die kt mcD..ha..aq pn pe lg..ke sane la..aq jnji ngn dorg..ps dorg g umh S..n nk g umah A.N..gtw aq..aq tros grak g sne..
2000 - tnpe de syak wasangka..aq pn grk r g umah A.N..smpai je umah die..tbe2 bru aq t'pk..aduh...msti dorg bwk si S skli ni..mmpos aq!mne aq nk ltk muka aq ni?? Apis pn kua..ajk aq msuk..mlenye..aq xnk..tp ps dpujuk2 n aq dpt tw si S da cte kt dorg..aq pn msuk..malu!!tu je yg de dlm pale otak aq..dorg da stat knekan aq..jht tol!..huhuhu..aq wt cm xde pape wlaupn mke aq da mgmbrkan segala2nya..k..

n then..something we dont expect happen...wahhh..so many people!they ol were frenz of us in prmary school!!bpk gempak!hahahaha..aq da jd cm xtntu..hepy cgt2..cm jejak kasih da..ni la ntre pic yg smpat aq cilok kt fb..hahaha..



2000 - bt time is running..aq tpkse blk..nk anta F lg..bt 1st i had to send Apis g umah S..kete die kt sane..and aq sdr smting..this is the rite time 2 ask 4 4givenes from her..lastly..aq dpt gk pluang 2..xpe la..mlu cmne pn..aq kne gk wt mende ni..aq nk lpskan bbn rse bslh y tramat cgt aq pd die..thanx 2 Apis y byk bg aq support ari ni.. I had a slow talk with her.. k.. wlaupun die xkate pape..aq lega dpt ckp ngn die..aq bsyukur cgt2..alhamdulillah..Allah da bagi aq kkuatn untk bsmuka ngn die..
2300 - i had a great moment 2day!best day ever in my life!thanx..thanx..thanx..thanx..I GOT MYSELF BACK!

Pertemuan (Part 2)

16-Sept-2010..
1130 - bertolak dari rumah d bangi menuju ke suatu tempat yang bakal menggamit memori silam..Puchong..semoga hari ini akan menjadi hari yang bahagia..
1230 - tiba di rumah pertama..umah ain..berseorangan..segan..hehehe..da lme cgt x jmpe die ngn parents die..bt stay..kaver bek pnye r...
1300 - geng2 2 pn smpai..inaz..nadia..iera..g-reen..syu..farah..lyana..im so touched..huhu..after mkn2..we go to the next house..syu..
1500 - to syazwina's house..starting 2 hear many gossips..mcm2 yg jd since aq tglkn tmpt ni 5taun yang lepas..hahaha...last2 aq yg terjerat..dorg lk yang brjaya korek rhsia aq ngn S..abeh sume kantoi..tp xpe la..pe lg aq nk rhsiekn..mende da lepas..simpan lme2 pn pdih..so..aq cte je..skrang2nya aq dpt kongsi masalah aq ngn dorg..n thanx 2 them..they r very good listener..fuhhh..lega....
1630 - aten's house..aku jz dok diam..dgr cte mrapu c g-reen tu..hahaha..ltih aq..xsmpt nk sembang ngn aten pn..jz smile2 gtu je..hahaha..
1730 - last house today..inaz's house..da smkin ltih..huhuhu..dorg stil ceria ngn gossip2 hangat..hahaha..xpela..aq dengakn je..
1830- tamat sudah pengembaraan hari ini..i had a fun day wif them..thanx a lot..blk ke bangi dengan ceria..wlaupn agak keletihan mnjadi driver dorg ari ni..hahahaha..