Monday, December 26, 2011

Wordless Wednesday? It's Tuesday Today .

kota yang menjadi saksi kisah cinta kita

aku harap aku akan selalu begitu ,
selamanya begitu .
:)

Sunday, December 4, 2011

#2

Perbincangan sudah direncana .

Jawapan sudah diterima ,

Sekarang terpulang pada DIA untuk menentukan apa yang terbaik .

Ya Allah , aku mohon kepadamu agar hubungan ini diberkati oleh-Mu dan mereka disekeliling kami .

#1

Sekarang waktu untuk berKOMUNIKASI .

Untuk menentukan siapa yang patut mengalah , siapa yang perlu mengarah .

Skrip yang baik perlu ada .

Agar jalan cerita tidak menjadi bencana .

Foto

Dah tak ada sekeping-sekeping foto disimpan di dalam almari .

Semua tersembunyi di dalam peranti .

Lihat setiap hari .

Katanya ,

Sekarang , TAK TENGOK TAK BOLEH .

Hakikatnya , Nanti , TAK TENGOK PUN BOLEH .

Penghujungnya , APA PUN TAK BOLEH .

* fotomu kusimpan di dalam hati .

Saturday, December 3, 2011

Hitam Putih

Timbul tenggelam .

Turun naik .

Atas bawah .

Kiri kanan .

Depan belakang .

Luar dalam .

Hitam putih .

Baru lama .

Hingga ku tak sedar dimana ku berada .

Menunggu seseorang datang menyapa .

Datanglah wahai sayang .

:)

Ku nantimu setiap masa .

Thursday, December 1, 2011

Seadanya Selamanya

Sayangku ,
Cintaku ,
Diriku ,
Kasih sayangku ,
Tubuhku ,
Hanya untukmu .

Aku tidak dapat menjanjikan kemewahan hidup kepada dirimu .
Namun ku kan cuba sedaya upaya untuk membahagiakanmu .
Seadanya .
Selamanya .

Simpan saja air matamu itu .
Lepaskanlah ia saat mereka mengeSAHkannya , saat ku kucup dahimu .
Agar mereka mengetahui bahawa air matamu itu , air mata suatu kebahagiaan yang nyata .

Sunday, September 4, 2011

Tiada Lagi

Semalam : sedang sibuk mengemas rumah. membuat-buat seperti seorang yang rajin.. hati gua terdetik tok buka 1 bungkusan.. lama gua pikir. ape mende ni ek? *sampai terlelap memikirkannya..

selepas tersedar seketika gua dgn pantas mmbuka bungkusan itu.. hmmm...
gua da x sepatutnya simpan mende ni ( cakap dalam hati sorang-sorang) ..
OK. Hari ni gua buang semua sekali.

Wednesday, August 3, 2011

Menyanyi Masa Masak

" orang lelaki jangan suka menyanyi masa masak .. nanti dapat bini tua baru tw .. "
da banyak kali gua kena sound tepek ngn mak , mak cik , lecturer dll yang lebih otai dari gua pasal mende ni ..
tapi gua senyumkan je ..  (:

macam mana nak elak ? gua kat bilik menyanyi , kat jamban menyanyi , basuh baju menyanyi , buat kerja menyanyi , memasak menyanyi .. semua kerja buat mesti disertai dengan nyanyian . tak kira lah lagu apa pun . asalkan boleh menyanyi ..

tapi kalau betol pun apa salahnya ? sebenarnya ayat tu bukan tua kot .. lebih umur .. 
gua sikit  tak kesah . asalkan dia HORMAT gua sudahlah ..
kalau da hormat gua .. gua pun xde hal ..
mak gua ngn abah pun beza 8 tahun .. tapi da 20 tahun lebih dah .. takde hal besar pun ..
aidil ngan rita .. 
que haidar ngan linda jasmine ..
setakat ni ok je lagi .. ( harap2 kekal lah smpai tua .. hehehe )
bahagia seadanya je gua tengok ..
gua malas lah nak masuk sirah pulak kan ?
lu orang semua tau da siapa contoh terbaik pasangan yang beza umur ni ..
tapi gua bukanlah sehebat Muhammad s.a.w kita ..
cuma gua dapat harapkan rahmat dan kebahgiaan dari Allah s.w.t je kalau jodoh gua datang macam tu ..
tapi macam da nampak je jodoh tu nak datang .. hehehe ..

p / s : mmg taste gua tu bai ! hahaha ..

Tuesday, August 2, 2011

Kalau Dah Sayang ~

Seringkali terbaca orang membuat perbandingan apabila si isteri x pandai memasak vs suami x boleh jadi imam .
Sebenarnya perkara tersebut tidak menjadi hal yang besar kalau hati dah sayang ..
Cuma yang penting sang suami tidak jahil dalam ilmu agama .. nak jadi imam boleh latih .. bukan semua orang boleh jadi imam .. ada yang sampai ke tua x pernah jadi imam sebab gugup .. asal jadi imam je mengeletar .. asal jadi imam je terbatal -batal air air sembahyang .. dah kalau macam tu nk jadi imam guano kan ? cuma agak rugi lah apabila sang suami tidak dapat memimpin si isteri dalam melakukan ibadah solat bersama - sama ..
Berkenaan si isteri yang tidak pandai memasak pula .. kadang - kadang masalah itu timbul hanya kepada si ibu kepada suami mereka .. walhal si suami sendiri tidak kisah .. pada mulanya mungkin tidak kisah .. tetapi kalau hari - hari makan nasik lauk telur goreng dengan kicap memang best lah kan ? time tu lah baru suami macam ter pegang kepada kata - kata ibu yang ingin anaknya menikahi seseorang yang pandai memasak .. ibu mana yang nak tengok anak dia makan kat luar hari - hari kan ? hmm.. masalah ini hanya boleh diatasi cuma jika si isteri nekad untuk berusaha belajar memasak .. bukan nak mintak sampai jadi chef pun sebenarnya .. cuma sekadar tahu memasak .. boleh memasak .. itu sudah memadai .. sekarang banyak buku -buku resepi kat luar sana yang boleh dibaca dan dicuba sekiranya malu untuk belajar dengan orang lain .. google search .. lagi senang kan ? cuba dulu .. dari yang basic .. step by step .. lama - lama pandai lah .. dan ketahuilah bahawa air tangan masakan isteri itulah yang menjadi penambat dan pengikat kepada kebahgiaan rumah tangga ..

apabila dua pihak berusaha untuk mengharmonikan rumah tangga mereka .. insyaallah .. rahmat akan diturunkan kepada mereka ..
kalau dah sayang ... semua benda kita buat boleh jadi .. (:

Monday, August 1, 2011

Pertunangan - Ikatan atau bebanan ?

Assalamualaikum pembuka bicara ..

Topik yang agak sedikit berat kali ini ..
mungkin atas dasar ambil berat tentang hal ini .. saya berkehendakan membicarakan sedikit tentangnya ..

Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti, ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.


begitulah apa yang dinyatakan dalam sebuah buku berjudul AKU TERIMA NIKAHNYA ..


hari ini pagi - pagi lagi sudah dikejutkan oleh berita muka depan sebuah akhbar tempatan yang menyatakan bahawa seorang ikon bola sepak tanah air kita telah memutuskan pertunangannya dengan tunang beliau ..
apa puncanya ? orang ke 3 ? orang ke 12 ? orang keberapa sekali pun .. seharusnya hal ini tidak diperbesar - besarkan .. cuma ambillah pedoman tentang kisah ini .. saya tidak mahu dituduh sebagai orang yang menyalahkan mana - mana pihak atas apa yang berlaku .. tetapi kerana rasionalnya kita sendiri sudah sedia maklum betapa pasangan tersebut mungkin " agak " melebih - lebih dalam tempoh pertunangan mereka sehingga ada pihak lain yang mengambil kesempatan untuk meruntuhkan tiang masjid separa siap yang dibina .. 


kemudian separuh masa kedua tempoh waktu bekerja hari ini pula .. saya dikejutkan dengan berita bahawa salah seorang ( dua orang ) kenalan saya yang baru bertunang tidak sampai tempoh satu purnama merindu pun juga telah memutuskan ikatan itu atas alasan yang saya sendiri tidak pasti kenapakah .. 


hal - hal ini terjadi kerana apa ? saya sendiri tidak boleh memberikan nasihat . kerana saya sendiri pernah gagal dalam perhubungan yang dibina .. mujurlah tidak pernah sampai ke tahap mengikat tali pertunangan lagi .. cuma apa yang dapat saya kongsikan disini adalah daripada apa yg saya perhatikan , baca , dan dengar .. saya bukan doktor pakar CINTA .. bukan juga seorang KASANOVA yang hebat tentang perihal - perihal CINTA ini .. namun dari pengalaman orang lain telah mendewasakan saya sedikit sebanyak tentang perkara ini .. 


berbalik kepada tajuk kita .. PERTUNANGAN ..


Rasulullah s.a.w bersabda kurang lebih begini : rahsiakanlah pertunangan itu dan iklankan ( maklumkanlah ) perkahwinan itu . ( kalau ada salah silap harap dapat beri tunjuk ajar )


kenapa ? ah ... lihat sajalah event2 engagement of da year bagai tu ? jauh mana perginya ? banyak yang kandas bukan ? lebih baik tiada yang tahu pertunangan kita selain orang tua dan saudara mara terdekat .. dan akhirnya apabila masjid mahu dibina .. barulah dihebahkan tentang perkara itu bukan ?
cuma apabila ini terjadi .. mulut -mulut orang kita mesti ada yang kurang wangi dan mengatakan ada yang berlaku disebalik " sembunyi -sembunyi " itu kan ? pedulikan mereka ..


antara sebab lain yang mungkin menyebabkan pertunangan itu hanya berjalan suku perjalanan sahaja atas sebab tidak lagi sebulu .. kadang - kadang .. ikatan yang terlalu lama boleh menimbulkan perasaan JEMU . ya JEMU .. lupakan saja alasan " ingin mendalami ilmu agama " , " belum bersedia " bagai apabila ingin memutuskan pertunangan itu .. hakikatnya hanya da satu perkataan .. JEMU dengan pasangan .. ada yang setuju ? tak ada ? x mengapa ..


natijahnya .. setiap perlakuan harus dibuat dan difikirkan dengan akal .. bukan dengan emosi ..pertahankan ikatan itu sebaik dan seboleh mungkin .. dan akhirnya jika tidak lagi panjang jodoh itu .. akhirkannya dengan baik .. sebagaimana yang dimulakan dahulu .. mungkin si tuan punya badan tidak kesah .. tapi fikirkan tentang ibu bapa .. kita orang melayu .. penuh dengan adat resam .. penuh dengan sopan santun .. jangan jadi AMAREKA .


p / s : sekadar pandangan dari mata kasar ..   saya juga tidak ingin menjadi perampas kebahgiaan orang lain :)

Tuesday, July 26, 2011

Siapa Dia ?

Sofi Jikan @  Shoffi Jikan ..
barangkali ada yang tidak mengenali beliau sebelum ini ..
tetapi impak yang terlalu besar dalam filem KL GANGSTER menjadikan namanya lekat di bibir peminat filem tempatan ..

bagi diri empunya blog ini .. dia sudah lama mengagumi kehebatan aura lakonan yang dibawa oleh SJ ..
ingat lagi pada Zul Kapan Malaikat Maut dalam filem Rock ?
ingat lagi pada dia yang ada SPM dalam Zombi Kampung Pisang ?
dan ingatkah anda pada Fendi Afifi yang tidak dapat melakukan persembahan ketika Malam Amal Kampung Talang ( Man Laksa ) akibat sakit perut ? ( hanya muncul dalam 1 babak tidak sampai seminit )

walaupun kadang kala watak yang dibawa tidak sebesar mana .. namun hasil lakonan SJ cukup membanggakan .. pedulikan tentang populariti .. yang penting mutu lakonan anda ..
kalau top pon berlakon macam kayu nak buat apa kan ?

tahniah .. anda memang hebat !  :)

kiri - estet , atas kanan - rock , bawah kanan - kala malam bulan mengambang

hantu kak limah balik rumah

zombie kampung pisang

ajib ! kl gangster

kapoww 

los dan faun

Sunday, July 17, 2011

Selangor Uji Pemain Import

Kelantan da try da player import dorang masa lawan ngn pelita jaya..
kini tiba giliran skuad Gergasi Merah Kuning pula..
dikhabarkan FAS dalam satu sumber sulit mahu menggaji pemain dari Amareka Latin..
sebelum ini.. skuad Selangor juga pernah menggunakan khidmat pemain dari Argentina pada musim 2005 dulu kala.. x perlu disebutkan namanya.. takut beliau tersedak-sedak pula di kampung halamannya saat ini..
OK . berbalik kepada topik utama kita.. FAS telah menyenarai pendekkan 2 penjaga gol dan 1 penyerang untuk diuji dalam perlawan persahabatan yang akan datang.. Mereka adalah :

Muslera


penjaga gol muda dari Uruguay ini sememangnya pantas dan efisien. dialah dalang kepada kekalahan Ghana pd Piala Dunia 2010 dan Argentina pd Piala Copa America 2011. jadi tidak dapat dinafikan lagi mengapa FAS membuka mata mereka dan berusaha dalam mendapatkan pemain ini. syabas FAS !

Markus


siapa diantara peminat bola sepak tempatan yg tidak mengenal beliau ? disebalik kemengadaannya tentang pancaran laser pd AFF Suzuki Cup yang lalu.. beliau harus dipandang sebagai seorang penjaga gol yang berkaliber.. kemungkinan apabila beliau diambil bermain untuk skuad Selangor.. Stadium Shah Alam akan kembali penuh dengan penyokong2 dari endonesia.. tahniah FAS kerana bijak mencari lubang buat duit .

Samed Yesil


siapakah beliau ? mungkin ramai yang tidak mengenalinya lagi.. namun bintang muda berumur 17 tahun ini sememangnya bakal menjadi pemain terbaik suatu hari lagi.. tidak banyak yang mahu diperkatakan tentang beliau.. kita tunggu saja aksinya di Liga Super musim depan.. :)  kali ini tahniah banyak2 buat FAS kerana bijak mencari pemain muda berkualiti.

Diharap tiada pula bantahan atau halangan dari pihak FAM untuk Selangor menggunakan pemain2 ini.
I LOVE FAM ! :)

p/s : ini sekadar angan-angan kosongku.. :)

Tuesday, June 21, 2011

Futsal Di KB !

Jumaat, 17 Jun 2011


Hari yang ditunggu-tunggu menjelang tiba.. petang itu kami semua bergerak ke Stadium Mohamad IV untuk membeli tiket perlawanan persahabatan Malaysia vs Myanmar.. setibanya di sana.. para pemain sedang menjalani latihan terakhir dalam keadaan hujan renyai mulai turun.. tatkala itu bahuku ditepuk oleh Ayahanda Lan Gajah.. " jangan main power sgt malam ni.. " zuuppp !! ketika itu aq rasa saka beliau telah masuk dan mungkin akan menghalang aq dari perform malam tu.. hahaha..

Malam menjelma.. KB Arena tempatnya..
Perlawanan pertama - ketidakserasian kami menjadikan pasukan yg baru dibentuk itu tewas dalam pertemuan pertama kepada Ultras Tranung 1 - 0 ..

Perlawanan kedua - perlawanan pertama mematangkan pasukan ini dengan pantas. kemenangan berpihak kepada ultraSel dengan keputusan 6 - 0 .. Canary Knight Ultras tumbang akhirnya..

Perlawanan ketiga - detik penentuan siapa yg bakal layak ke separuh akhir ditentukan dalam perlawanan ini.. keputusan berpihak kepada ultraSel dengan kemenangan 1 - 0 terhadap Ultras Malaya A.. Seluruh krew pasukan meluru masuk ke dalam gelanggang sebaik wisel penamat ditiupkan.. :)

Separuh Akhir - menemukan kami dengan pasukan pilihan Elephant Army Ultras. kehebatan Chenko dan rakan sepasukannya tidak dapat disangkal.. namun begitu kami gembira akhirnya penjaga gol mereka ditewaskan oleh Shah Amirul.. keputusan akhir.. uS 1 - 2 EAU ..

Penentuan tempat ke - 3 - misi membalas dendam terhadap Ultras Tranung. kedua - dua pasukan bermain dengan baik.. hingga wisel penamat ditiupkan.. keputusan terikat 1 - 1..
Sepakan Penalti - badi penalti menghalang aq untuk menjadi wira malam tersebut.. tahniah kepada Farid.. Ijam.. Edy kerana menjaringkan gol dan juga Arif Billah kerana menyelamatkan sepakan penalti yang gagal disempurnakan oleh pemain lawan..

keraian yang lebih dari bergelar juara.. walaupun aq x nampak Tom Kucar - Kacir berguling - guling masa tu. hahaha.. TERIMA KASIH SEMUA KERANA MEMBUATKAN AKU BANGGA !

kredit to JEBAT , IZZAT SU , RESHAD , APIS , IJAT , SHAH , IJAM , EDY , PAU , HADI , GAMBIT , AZIM dan lain - lain.. KORANG MEMANG HEBAT !  :)

Monday, June 20, 2011

satu pun da cukup.. :)

ucapan terima kasih itu lebih dari segala - galanya..


terima kasih teman seperjuanganku ! :)

Monday, June 13, 2011

TQ Untuk Gua. Lu Ade??


Ajib say TQ kat gua bai.. terharu gler ni.. sob sob sob.. 
terima kasih kembali bro ! hehehe..

ini post aq kat die sblom tu.. 

Wednesday, June 8, 2011

Artis Wanita Malaysia Yang Menjadi Pujaan Hatiku

AISHAH



Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan. Popular dengan lagu seperti JANJI MANISMU dan PULANGLAH. Antara pencapaian yang pernah diterima adalah :



JACLYN VICTOR




Jaclyn Joshua Thanaraj Victor ( lahir pada 4 Disember, 1978). Lahir daripada program realiti tv Malaysian Idol musim pertama. Antara lagu popular adalah GEMILANG, WAJAH, BERTAMU DI KALBU dan KOLEKSI GEMILANG.


FRAN




Luciana Francissca Peter atau lebih dikenali sebagai Francissca Peter adalah penyanyi keturunan Serani campuran Ceylon-Scotland dan Cina yang mencipta nama pada tahun 1982. Lagu lagu yang menaikkan nama Fran ke dunia seni hiburan tanah air ialah Sekadar Di Pinggiran, Aku Hanya Pendatang, Kerna Terpaksa, Diri Ku Terbelenggu dan banyak lagi. Antara pencapaian beliau adalah :

Monday, June 6, 2011

Artis Lelaki Melayu Yang Menjadi Pujaan Hatiku

JAMAL ABDILLAH


Jamal Ubaidillah bin Haji Ali atau lebih dikenali dengan nama Jamal Abdillah. Lahir pada 7 Mei 1969 di Perak. Juara Program Bintang RTM 1979. Antara album beliau adalah Mati Hidup Semula - 1986 dan Kekasih Awal dan Akhir - 1991. Juga pernah menjadi pelakon utama dalam filem ' box office ' Azura - 1984.

P. RAMLEE


Tan Sri Datuk Amar Dr. P. RamleePSM, AMN, DA(P) (Sarawak) (March 22, 1929 – May 29, 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Tidak perlu diceritakan panjang lebar. Anda sendiri sudah tahu. Siapa tak tahu pasal P. Ramlee.. tu maknanya pendek umor nak mampos ! keh keh keh.

SUDIRMAN



klik sini sudah ... Sudirman Hj Arshad ..

BLACK


Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah adalah juara program realiti televisyen MENTOR 3 ( 2009 ) . Antara pencapaian beliau adalah : 

Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH)
► Penyanyi Lelaki Popular

Finalis Anugerah Juara Lagu 25 (2011)
► Sofea Jane
► Drama King (Meet Uncle Hussein) - Tempat Ke-2

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH)
► Artis Baru Lelaki Popular

Anugerah HIP TV (TV9) (2010)
► Artis Tak Harap Pada Rupa

Finalis & Vocal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 (2010)
► Aku Rindu Sayang Kamu


YABANG


Nama sebenar : Mohammad Qidam bin Abdullah. Dilahirkan pada 7 Julai 1976. Mula mencipata nama bersama kumpulan JINBARA namun keluar dari kumpulan itu dan menubuhkan kumpulan KHALIFAH. Antara lagu beliau yang popular adalah Farhana, Kasihnya Laila, Lagu Untuk Adinda dan Cikgu Ayu.

Sunday, May 8, 2011

Moga Beroleh Petunjuk..

ingat lagi pada kisah tragis yang berlaku sekitar 2007?
seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan kehilangan seorang kanak - kanak perempuan yang bernama Nurin Jazlin Jazimin yang kemudiannya membawa kepada penemuan mayat kanak - kanak itu dalam keadaan yang amat memilukan..

beberapa hari yang lepas.. gua tengok kt tv.. ade 1 rncangan name die " When Womens Kills " ..
mase die tunjuk pasal ade 1 kes ni.. gua teringat kt kes yg gua sebutkan tadi..

terjadi di California , Amerika.. sekitar tahun 2009..
seorang kanak - kanak perempuan bernama Sandra Cantu telah hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas ke rumah kawannya untuk bermain.. selepas beberapa hari polis menjalankan usaha mencarinya..
muncul seorang wanita bernama Melissa Huckaby ( ibu kepada kawan Sandra ) yang juga seorang guru di salah sebuah gereja berdekatan datang bersama sekeping nota yg dijumpai beliau dan menyerahkannya kepada pihak polis..



nota itu tertulis bahawa mayat Sandra telah diletakkan di dalam beg dan dihumban ke dalam sebuah tasik berdekatan.. polis kemudiannya menemui mayat kanak - kanak malang tersebut sama seperti apa yang ditulis di dalam nota itu.. apa yg pelik berkenaan dengan nota itu adalah kesemuanya ditulis dalam huruf besar seperti menyembunyikan tulisan tangan sebenar penulis nota tersebut.. selepas autopsy dijalankan.. polis mendapati Sandra telah didera secara seksual dengan kejam.. ini menyebabkan beberapa orang lelaki telah menjadi suspek utama pembunuhan.. dan selepas autopsy lanjut.. pihak hospital mengesahkan bahawa kesan yang dialami pd mayat bukanlah kesan rogol atau secara kasarnya daripada kesan kemaluan seorang lelaki.. tetapi objek yang sangat besar dan kasar.. dalam kekusutan yang melanda pihak polis untuk mencari pembunuh sebenar.. akhirnya pihak polis menahan Melissa untuk membantu siasatan.. setelah disoal siasat.. akhirnya Melissa membuat pengakuan yg mengejutkan.. dia adalah pembunuh tersebut !!
punca pembunuhan adalah kerana ? dia sendiri x tahu.. dia cuma berkata dia amat sayangkan Sandra.. dan dia juga yg telah membunuh Sandra.. sebenarnya Melissa telah mengalami gangguan psikologi yang menyebabkannya mengalami kecelaruan identiti atau lebih dikenali dengan Split Personality yang membawa kepada penyakit Skizofrenia dan sebagainya.. Melissa akhirnya dipenjara seumur hidup tanpa parol pada jun 2010..

daripada jalan cerita yg gua dapat tengok.. gua perasan banyak persamaan dalam kedua - dua kes ni..
tapi gua rase.. kes yg kt Malaysia tu x setel pn kan ? pembunuh pn x dapat - dapat lagi kan ?
gua x nak cite pasal kes Arwah Nurin tu.. gua rase lu orang pn taw da kn? isu sensitif ni..
cuma gua harap kes ni akan dapat penyelesaiannya suatu hari nanti dan same - samelah kita sedekahkan al - fatihah kepada roh Arwah Nurin..
AL - FATIHAH..

Tuesday, May 3, 2011

Lebur

tu lah.. kate org dulu-dulu x nak dengar ..
bercakap x pernah pikir ..
cakap siang pandang-pandang ,
cakap malam dengar-dengar ..
sekarang. semua dah merajok ..
kete.. henset..
tanggung lah sementara nak dapat yang lain pulak..
padan ngn muka kau !

Thursday, April 21, 2011

Nanti Dulu Lah..

mirul , kau tanak further study ke ? 
hmmm.. nanti dulu lah ye..
apesal ?
aku takde mood lah..
kenape ?
aku ade misi..
ape die ?
hmmm.. rahsie..

ade sebab kenape aku pilih jalan ni.. jangan kata aku silap jalan.. jangan fikir kau yg betul..
rezeki ade kat mane-mane.. banyak atau sikit.. besar atau kecik.. bukan kau yg tentukan pon kn ?
nanti-nanti kalau aku rase nk sambung lagi.. aku sambung lah k..

thanx to all of you who cares bout me.. I LOVE U ALL ! :)

Tuesday, April 12, 2011

Razali Umar Kandasamy



=


credit to last nite comentator..
just like what i said many2 month ago..


Tuesday, April 5, 2011

Oh JOMA..

aq perlukan ini untuk menggegar di Kelantan nanti..
sangat-sangat perlukannya..



dah merata aq carik. 
sumenye xde stok. 
mane lg lah yg ade ni.. sape2 tw tlong suggest kt aq ok!

Monday, April 4, 2011

Lagenda itu memang Legend!

mungkin terlambat sudah untuk ku mempublishkan post ini berbanding teman seperjuanganku yg lain.
tapi disaat ini barulah aq dapat melayari internet jalur lebar ini. baru sebentar td aq mndapat kmbali nyawaku. wireless adapter tok meng"hack" internet di opis yg bukan opisku ini. hehehe..

bertolak dari sungai besar jam 9.30 malam. aq tiba di extreme park s13 shah alam sekitar jam 10.45 malam.
penat menunggu mereka yg x kunjung tiba. aq pn menyantap pizza dan kentaki sehingga kenyang bersama familyku. haha. disebabkan itulah aq nmpk amt pmalas dan xmmpu untuk mngejar bola dengan pantas ketika perlawanan.. hehehe..
apit mazlan punye kje! kmre azim punye! haha..

credit to kak syiqah. hehe. pinjam gamba ye kak..




sebijik gol bertemu lagenda.. tidaklah membanggakan aq sebagai seorang pemain. masih byk yg perlu diperbaiki.

Tuesday, March 29, 2011

Haiya! Muka atak senyum..

Al-kisahnya malam tadi....
Bosan + xde selera nk makan kt umah.. aq pn kluar lah menuju ke gerai satay uncle ku..
Tengah lepak2 situ. ade la APEK tua ni pndang2 aq. Ajak aq sembang. Aq pn layankan sajelah.
Rupa-rupanya.. Die tu bekas Feng Shui Master yg dah pencen. Hahahaha..
Disebalik sembang-sembang kosong yg xde minum pape tu.. ( x minum pape sbb kat kedai cina ) ..
Ini antara perhatiannya pada aq :

  1. U memang x boleh gumok. sbb U punya tulang x besar. kicik saja..
  2. U punya mulut cakap x serupa hati. ( mmg la. mulut wa jahat. ati wa baik ma. hahaha )
  3. bila bercakap ngn pmpuan.. ayt U mmg manis.. hahaha..
  4. n U bukan xla amoi o psngan wnita.. tapi U manyak pilih la.. hehehehe..
Haiya apek.. U punya cakap ada mutut juga.. Tapi wa bukan mau percaya sama U.. Dengar saja.. Itu kata olang melayu ha... "dengar boleh.. percaya jangan.." hikhikhik..

Wednesday, March 16, 2011

Apakah?

Bebrapa hari yang lepas aku ada tengok History Channel kt estero. Tajuknye Behind Bars
( someting like that la ) : Pudu Jail. Al-kisahnya pasal cer disebalik penjara yang terkenal tu la.
Mengenai post aku kali ni. Sbnanye aku nk cite ckit pasal misteri yang sering dikaitkan dengan penjara ni. Cerita hantu melayu. Terlalu banyak kot untuk aku cerita. Nak disingkatkan jalan cerita kali ni. Kita semua da tw da pasal penghuni alam len yg ade kt situ.
Asalnya kawasan penjara tu adalah tapak kwasan perkuburan cina lama. Sekitar era 1800an dulu la.



Lepas tu baru la dibina Penjara Pudu yang cukup hebat ini.


Pudu pulak banyak kisah misteri. Banduan mati dalam jel bunuh diri. Bergadoh. Mati kolera ramai-ramai. Gantung. Uish. Seram lk I ! hahaha.

Sampai la pada suatu hari. Penjara Pudu telah ditamatkan riwayatnya. Malam saat nk roboh tu. Ramai aktivis yg datamg untuk membantah tindakan itu. Tapi apakan daya. Mereka terpaksa meratapi kemusnahan penjara itu juga akhirnya.


Kerana apa ia dirobohkan? Ini jawapannya. 




Apakah itu? Itulah dia BUKIT BINTANG CITY CENTER yang sedang dibina diatas tapak yg sama.

pemaju senyum je dapat banyak duet. bilion2 tu..
Pusat beli belah dan pusat ekonomi utama Kuala Lumpur. Persoalannya. Dapatkah pembinaan itu berjalan seperti yang dirancang? Ataupun layu sebelum berkembang? Kalau siap pun. Mampukah ianya bertahan? Adakah bantuan dari Wak Joko dari Indonesia ( aku memang pantess! hahaha ) diperlukan untuk menghalau segala anasir jahat yang sudah lama mendiami kawasan itu. Ataupun adakah mereka akan membiarkan projek itu usang untuk diserahkan kepada Uncle Seeker's untuk mencari objek-objek paranormal? Sama-sama kita nantikan... 

Usah biarkan hidup anda diselubungi.. MISTERI.. hehehe..


Monday, March 14, 2011

Merong Mahawangsa

Kisahnya bermula dengan keinginan pemuda yang berkobar-kobar ingin menyaksikan sebuah filem epik yang dikatakan menjadi antara filem terhebat tahun 2011.
Perjalanannya bermula pd suatu malam. Selepas menjamah hidangan malam. Dia beransur keluar. Mencari jalan ke suatu tempat bernama Panggung Wayang.
Setibanya dia disitu. Lantas dia bermohon untuk mendapatkan kebenaran masuk ke dalam.

Gadis Tiket : Merong Mahawangsa 2 org?
Dirinya : Tidak. hanya untuk diriku seorang. :)

Lalu dia pn meneruskan perjalanannya. Kembali ke suatu masa yang dirinya sendiri tidak tahu asal usulnya.
Selepas hampir 2 jam menjalani suatu pengalaman dan ranjau yang mencabar. Dia pn keluar dari khayalannya. Kembali menuju ke alam yang nyata sambil berkata.

" best la pulak. mcm nk tgk skli lg je. hehehe. "


Sinopsis



Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Ulasan Filem

Dari segi jalan cerita. Aku bagi 4.5 dr 5 bintang. Sebab aku rase cerita ni mmg best. Cuma biasalah. Tiada yang sempurna. Lakonan yang dibawa oleh pelakon2 terutama Stephen Rahman-Hughes nampak amat hidup.  Menyebabkan penonton merasakan seperti mereka ada di dalam penceritaan tersebut. Aksi lagak ngeri dalam filem ini juga tidaklah mengecewakan. Ternyata segala aspek pertempuran dahulu kala amat diambil berat oleh pihak produksi filem untuk menjayakan filem ini. Dari segi CGI. Ternyata KRU PRODUCTION mempunyai kemudahan yang hi-tech untuk menjayakan lagi filem ini. Cuma pd babak Merong sedang berlatih bersama Pak Kesum diatas bukit dan pada pengakhiran cerita ketika Sultan Mulzafar Shah melihat ke laut, permandangannya nampak agak pelik. Selain itu, aku juga bertanya mngapa tidak Puteri Meng Li Hua dan Ying Ying tidak berbicara dalam bahasa ibunda mereka walaupun pd saaat mereka berdua sahaja. Ini nampak agak kurang menyenangkan. Watak Jehan Miskin? Hahaha. Adakah dia dibayar sama seperti pelakon pembantu yg lain? Kerana watak yg diberi kepada seorang pelakon hebat begitu amatlah kecil sekali. Jelas terlihat dia terhuyung-hayang di dalam sampan ketika ingin menyerang kerajaan geruda. Tertunduk-tunduk nk imbangkan badan. Kehkehkeh.. Selain daripada itu. Pertuturan bahasa melayu lama yg dituturkan dalam filem ini juga tidaklah kuat. Kerana dialek @ loghat zaman kini lebih banyak kita dengar dalam pertuturan mereka. Akhir kata, sekalung tahniah buat produksi KRU MOTION kerana berjaya menghasilkan sebuah filem epik yang terhebat di Malaysia setakat ini. Syabas!

Monday, January 3, 2011

Setahun Yang Lepas

lame gler da aq x updated blog ni..smpai kes Malaysia mng AFF Cup pn da nk basi da..hahaha..
tp ape nk wat..komitmen aq pd kerja lbih penting..
spnjang aq x update blog ni..mcm2 mende jd dlm idop aq..
sbulan yg penuh dgn aktiviti, tragedi, dan memori..

Antaranya : ( klik tok tgk bukti..hehe.. )

Gathering 2nd Batch Pertanian 1..
Septech Futsal Tournament..
Sukan KPPK di Melaka..
Sepetang di KLIA
dan
Tragedi Kebakaran Flat MPOB (sungguh menyayat hati..sob,sob,sob..)

yang pasal MALAYSIA mng tu xyh cte la..byk cgt da cte2 kt blog org len..hehe..
tp sumenye same je..ape da~~..
ape pn..enjoy urself tgk pic2 aq spnjang bulan december yg lepas k..mls nk upload kt cni..hehe..