Monday, August 1, 2011

Pertunangan - Ikatan atau bebanan ?

Assalamualaikum pembuka bicara ..

Topik yang agak sedikit berat kali ini ..
mungkin atas dasar ambil berat tentang hal ini .. saya berkehendakan membicarakan sedikit tentangnya ..

Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti, ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.


begitulah apa yang dinyatakan dalam sebuah buku berjudul AKU TERIMA NIKAHNYA ..


hari ini pagi - pagi lagi sudah dikejutkan oleh berita muka depan sebuah akhbar tempatan yang menyatakan bahawa seorang ikon bola sepak tanah air kita telah memutuskan pertunangannya dengan tunang beliau ..
apa puncanya ? orang ke 3 ? orang ke 12 ? orang keberapa sekali pun .. seharusnya hal ini tidak diperbesar - besarkan .. cuma ambillah pedoman tentang kisah ini .. saya tidak mahu dituduh sebagai orang yang menyalahkan mana - mana pihak atas apa yang berlaku .. tetapi kerana rasionalnya kita sendiri sudah sedia maklum betapa pasangan tersebut mungkin " agak " melebih - lebih dalam tempoh pertunangan mereka sehingga ada pihak lain yang mengambil kesempatan untuk meruntuhkan tiang masjid separa siap yang dibina .. 


kemudian separuh masa kedua tempoh waktu bekerja hari ini pula .. saya dikejutkan dengan berita bahawa salah seorang ( dua orang ) kenalan saya yang baru bertunang tidak sampai tempoh satu purnama merindu pun juga telah memutuskan ikatan itu atas alasan yang saya sendiri tidak pasti kenapakah .. 


hal - hal ini terjadi kerana apa ? saya sendiri tidak boleh memberikan nasihat . kerana saya sendiri pernah gagal dalam perhubungan yang dibina .. mujurlah tidak pernah sampai ke tahap mengikat tali pertunangan lagi .. cuma apa yang dapat saya kongsikan disini adalah daripada apa yg saya perhatikan , baca , dan dengar .. saya bukan doktor pakar CINTA .. bukan juga seorang KASANOVA yang hebat tentang perihal - perihal CINTA ini .. namun dari pengalaman orang lain telah mendewasakan saya sedikit sebanyak tentang perkara ini .. 


berbalik kepada tajuk kita .. PERTUNANGAN ..


Rasulullah s.a.w bersabda kurang lebih begini : rahsiakanlah pertunangan itu dan iklankan ( maklumkanlah ) perkahwinan itu . ( kalau ada salah silap harap dapat beri tunjuk ajar )


kenapa ? ah ... lihat sajalah event2 engagement of da year bagai tu ? jauh mana perginya ? banyak yang kandas bukan ? lebih baik tiada yang tahu pertunangan kita selain orang tua dan saudara mara terdekat .. dan akhirnya apabila masjid mahu dibina .. barulah dihebahkan tentang perkara itu bukan ?
cuma apabila ini terjadi .. mulut -mulut orang kita mesti ada yang kurang wangi dan mengatakan ada yang berlaku disebalik " sembunyi -sembunyi " itu kan ? pedulikan mereka ..


antara sebab lain yang mungkin menyebabkan pertunangan itu hanya berjalan suku perjalanan sahaja atas sebab tidak lagi sebulu .. kadang - kadang .. ikatan yang terlalu lama boleh menimbulkan perasaan JEMU . ya JEMU .. lupakan saja alasan " ingin mendalami ilmu agama " , " belum bersedia " bagai apabila ingin memutuskan pertunangan itu .. hakikatnya hanya da satu perkataan .. JEMU dengan pasangan .. ada yang setuju ? tak ada ? x mengapa ..


natijahnya .. setiap perlakuan harus dibuat dan difikirkan dengan akal .. bukan dengan emosi ..pertahankan ikatan itu sebaik dan seboleh mungkin .. dan akhirnya jika tidak lagi panjang jodoh itu .. akhirkannya dengan baik .. sebagaimana yang dimulakan dahulu .. mungkin si tuan punya badan tidak kesah .. tapi fikirkan tentang ibu bapa .. kita orang melayu .. penuh dengan adat resam .. penuh dengan sopan santun .. jangan jadi AMAREKA .


p / s : sekadar pandangan dari mata kasar ..   saya juga tidak ingin menjadi perampas kebahgiaan orang lain :)

3 comments: