Sunday, May 8, 2011

Moga Beroleh Petunjuk..

ingat lagi pada kisah tragis yang berlaku sekitar 2007?
seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan kehilangan seorang kanak - kanak perempuan yang bernama Nurin Jazlin Jazimin yang kemudiannya membawa kepada penemuan mayat kanak - kanak itu dalam keadaan yang amat memilukan..

beberapa hari yang lepas.. gua tengok kt tv.. ade 1 rncangan name die " When Womens Kills " ..
mase die tunjuk pasal ade 1 kes ni.. gua teringat kt kes yg gua sebutkan tadi..

terjadi di California , Amerika.. sekitar tahun 2009..
seorang kanak - kanak perempuan bernama Sandra Cantu telah hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas ke rumah kawannya untuk bermain.. selepas beberapa hari polis menjalankan usaha mencarinya..
muncul seorang wanita bernama Melissa Huckaby ( ibu kepada kawan Sandra ) yang juga seorang guru di salah sebuah gereja berdekatan datang bersama sekeping nota yg dijumpai beliau dan menyerahkannya kepada pihak polis..



nota itu tertulis bahawa mayat Sandra telah diletakkan di dalam beg dan dihumban ke dalam sebuah tasik berdekatan.. polis kemudiannya menemui mayat kanak - kanak malang tersebut sama seperti apa yang ditulis di dalam nota itu.. apa yg pelik berkenaan dengan nota itu adalah kesemuanya ditulis dalam huruf besar seperti menyembunyikan tulisan tangan sebenar penulis nota tersebut.. selepas autopsy dijalankan.. polis mendapati Sandra telah didera secara seksual dengan kejam.. ini menyebabkan beberapa orang lelaki telah menjadi suspek utama pembunuhan.. dan selepas autopsy lanjut.. pihak hospital mengesahkan bahawa kesan yang dialami pd mayat bukanlah kesan rogol atau secara kasarnya daripada kesan kemaluan seorang lelaki.. tetapi objek yang sangat besar dan kasar.. dalam kekusutan yang melanda pihak polis untuk mencari pembunuh sebenar.. akhirnya pihak polis menahan Melissa untuk membantu siasatan.. setelah disoal siasat.. akhirnya Melissa membuat pengakuan yg mengejutkan.. dia adalah pembunuh tersebut !!
punca pembunuhan adalah kerana ? dia sendiri x tahu.. dia cuma berkata dia amat sayangkan Sandra.. dan dia juga yg telah membunuh Sandra.. sebenarnya Melissa telah mengalami gangguan psikologi yang menyebabkannya mengalami kecelaruan identiti atau lebih dikenali dengan Split Personality yang membawa kepada penyakit Skizofrenia dan sebagainya.. Melissa akhirnya dipenjara seumur hidup tanpa parol pada jun 2010..

daripada jalan cerita yg gua dapat tengok.. gua perasan banyak persamaan dalam kedua - dua kes ni..
tapi gua rase.. kes yg kt Malaysia tu x setel pn kan ? pembunuh pn x dapat - dapat lagi kan ?
gua x nak cite pasal kes Arwah Nurin tu.. gua rase lu orang pn taw da kn? isu sensitif ni..
cuma gua harap kes ni akan dapat penyelesaiannya suatu hari nanti dan same - samelah kita sedekahkan al - fatihah kepada roh Arwah Nurin..
AL - FATIHAH..

Tuesday, May 3, 2011

Lebur

tu lah.. kate org dulu-dulu x nak dengar ..
bercakap x pernah pikir ..
cakap siang pandang-pandang ,
cakap malam dengar-dengar ..
sekarang. semua dah merajok ..
kete.. henset..
tanggung lah sementara nak dapat yang lain pulak..
padan ngn muka kau !