Tuesday, June 21, 2011

Futsal Di KB !

Jumaat, 17 Jun 2011


Hari yang ditunggu-tunggu menjelang tiba.. petang itu kami semua bergerak ke Stadium Mohamad IV untuk membeli tiket perlawanan persahabatan Malaysia vs Myanmar.. setibanya di sana.. para pemain sedang menjalani latihan terakhir dalam keadaan hujan renyai mulai turun.. tatkala itu bahuku ditepuk oleh Ayahanda Lan Gajah.. " jangan main power sgt malam ni.. " zuuppp !! ketika itu aq rasa saka beliau telah masuk dan mungkin akan menghalang aq dari perform malam tu.. hahaha..

Malam menjelma.. KB Arena tempatnya..
Perlawanan pertama - ketidakserasian kami menjadikan pasukan yg baru dibentuk itu tewas dalam pertemuan pertama kepada Ultras Tranung 1 - 0 ..

Perlawanan kedua - perlawanan pertama mematangkan pasukan ini dengan pantas. kemenangan berpihak kepada ultraSel dengan keputusan 6 - 0 .. Canary Knight Ultras tumbang akhirnya..

Perlawanan ketiga - detik penentuan siapa yg bakal layak ke separuh akhir ditentukan dalam perlawanan ini.. keputusan berpihak kepada ultraSel dengan kemenangan 1 - 0 terhadap Ultras Malaya A.. Seluruh krew pasukan meluru masuk ke dalam gelanggang sebaik wisel penamat ditiupkan.. :)

Separuh Akhir - menemukan kami dengan pasukan pilihan Elephant Army Ultras. kehebatan Chenko dan rakan sepasukannya tidak dapat disangkal.. namun begitu kami gembira akhirnya penjaga gol mereka ditewaskan oleh Shah Amirul.. keputusan akhir.. uS 1 - 2 EAU ..

Penentuan tempat ke - 3 - misi membalas dendam terhadap Ultras Tranung. kedua - dua pasukan bermain dengan baik.. hingga wisel penamat ditiupkan.. keputusan terikat 1 - 1..
Sepakan Penalti - badi penalti menghalang aq untuk menjadi wira malam tersebut.. tahniah kepada Farid.. Ijam.. Edy kerana menjaringkan gol dan juga Arif Billah kerana menyelamatkan sepakan penalti yang gagal disempurnakan oleh pemain lawan..

keraian yang lebih dari bergelar juara.. walaupun aq x nampak Tom Kucar - Kacir berguling - guling masa tu. hahaha.. TERIMA KASIH SEMUA KERANA MEMBUATKAN AKU BANGGA !

kredit to JEBAT , IZZAT SU , RESHAD , APIS , IJAT , SHAH , IJAM , EDY , PAU , HADI , GAMBIT , AZIM dan lain - lain.. KORANG MEMANG HEBAT !  :)

Monday, June 20, 2011

satu pun da cukup.. :)

ucapan terima kasih itu lebih dari segala - galanya..


terima kasih teman seperjuanganku ! :)

Monday, June 13, 2011

TQ Untuk Gua. Lu Ade??


Ajib say TQ kat gua bai.. terharu gler ni.. sob sob sob.. 
terima kasih kembali bro ! hehehe..

ini post aq kat die sblom tu.. 

Wednesday, June 8, 2011

Artis Wanita Malaysia Yang Menjadi Pujaan Hatiku

AISHAH



Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan. Popular dengan lagu seperti JANJI MANISMU dan PULANGLAH. Antara pencapaian yang pernah diterima adalah :



JACLYN VICTOR




Jaclyn Joshua Thanaraj Victor ( lahir pada 4 Disember, 1978). Lahir daripada program realiti tv Malaysian Idol musim pertama. Antara lagu popular adalah GEMILANG, WAJAH, BERTAMU DI KALBU dan KOLEKSI GEMILANG.


FRAN




Luciana Francissca Peter atau lebih dikenali sebagai Francissca Peter adalah penyanyi keturunan Serani campuran Ceylon-Scotland dan Cina yang mencipta nama pada tahun 1982. Lagu lagu yang menaikkan nama Fran ke dunia seni hiburan tanah air ialah Sekadar Di Pinggiran, Aku Hanya Pendatang, Kerna Terpaksa, Diri Ku Terbelenggu dan banyak lagi. Antara pencapaian beliau adalah :

Monday, June 6, 2011

Artis Lelaki Melayu Yang Menjadi Pujaan Hatiku

JAMAL ABDILLAH


Jamal Ubaidillah bin Haji Ali atau lebih dikenali dengan nama Jamal Abdillah. Lahir pada 7 Mei 1969 di Perak. Juara Program Bintang RTM 1979. Antara album beliau adalah Mati Hidup Semula - 1986 dan Kekasih Awal dan Akhir - 1991. Juga pernah menjadi pelakon utama dalam filem ' box office ' Azura - 1984.

P. RAMLEE


Tan Sri Datuk Amar Dr. P. RamleePSM, AMN, DA(P) (Sarawak) (March 22, 1929 – May 29, 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Tidak perlu diceritakan panjang lebar. Anda sendiri sudah tahu. Siapa tak tahu pasal P. Ramlee.. tu maknanya pendek umor nak mampos ! keh keh keh.

SUDIRMAN



klik sini sudah ... Sudirman Hj Arshad ..

BLACK


Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah adalah juara program realiti televisyen MENTOR 3 ( 2009 ) . Antara pencapaian beliau adalah : 

Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH)
► Penyanyi Lelaki Popular

Finalis Anugerah Juara Lagu 25 (2011)
► Sofea Jane
► Drama King (Meet Uncle Hussein) - Tempat Ke-2

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH)
► Artis Baru Lelaki Popular

Anugerah HIP TV (TV9) (2010)
► Artis Tak Harap Pada Rupa

Finalis & Vocal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 (2010)
► Aku Rindu Sayang Kamu


YABANG


Nama sebenar : Mohammad Qidam bin Abdullah. Dilahirkan pada 7 Julai 1976. Mula mencipata nama bersama kumpulan JINBARA namun keluar dari kumpulan itu dan menubuhkan kumpulan KHALIFAH. Antara lagu beliau yang popular adalah Farhana, Kasihnya Laila, Lagu Untuk Adinda dan Cikgu Ayu.