Tuesday, March 29, 2011

Haiya! Muka atak senyum..

Al-kisahnya malam tadi....
Bosan + xde selera nk makan kt umah.. aq pn kluar lah menuju ke gerai satay uncle ku..
Tengah lepak2 situ. ade la APEK tua ni pndang2 aq. Ajak aq sembang. Aq pn layankan sajelah.
Rupa-rupanya.. Die tu bekas Feng Shui Master yg dah pencen. Hahahaha..
Disebalik sembang-sembang kosong yg xde minum pape tu.. ( x minum pape sbb kat kedai cina ) ..
Ini antara perhatiannya pada aq :

  1. U memang x boleh gumok. sbb U punya tulang x besar. kicik saja..
  2. U punya mulut cakap x serupa hati. ( mmg la. mulut wa jahat. ati wa baik ma. hahaha )
  3. bila bercakap ngn pmpuan.. ayt U mmg manis.. hahaha..
  4. n U bukan xla amoi o psngan wnita.. tapi U manyak pilih la.. hehehehe..
Haiya apek.. U punya cakap ada mutut juga.. Tapi wa bukan mau percaya sama U.. Dengar saja.. Itu kata olang melayu ha... "dengar boleh.. percaya jangan.." hikhikhik..

Wednesday, March 16, 2011

Apakah?

Bebrapa hari yang lepas aku ada tengok History Channel kt estero. Tajuknye Behind Bars
( someting like that la ) : Pudu Jail. Al-kisahnya pasal cer disebalik penjara yang terkenal tu la.
Mengenai post aku kali ni. Sbnanye aku nk cite ckit pasal misteri yang sering dikaitkan dengan penjara ni. Cerita hantu melayu. Terlalu banyak kot untuk aku cerita. Nak disingkatkan jalan cerita kali ni. Kita semua da tw da pasal penghuni alam len yg ade kt situ.
Asalnya kawasan penjara tu adalah tapak kwasan perkuburan cina lama. Sekitar era 1800an dulu la.



Lepas tu baru la dibina Penjara Pudu yang cukup hebat ini.


Pudu pulak banyak kisah misteri. Banduan mati dalam jel bunuh diri. Bergadoh. Mati kolera ramai-ramai. Gantung. Uish. Seram lk I ! hahaha.

Sampai la pada suatu hari. Penjara Pudu telah ditamatkan riwayatnya. Malam saat nk roboh tu. Ramai aktivis yg datamg untuk membantah tindakan itu. Tapi apakan daya. Mereka terpaksa meratapi kemusnahan penjara itu juga akhirnya.


Kerana apa ia dirobohkan? Ini jawapannya. 




Apakah itu? Itulah dia BUKIT BINTANG CITY CENTER yang sedang dibina diatas tapak yg sama.

pemaju senyum je dapat banyak duet. bilion2 tu..
Pusat beli belah dan pusat ekonomi utama Kuala Lumpur. Persoalannya. Dapatkah pembinaan itu berjalan seperti yang dirancang? Ataupun layu sebelum berkembang? Kalau siap pun. Mampukah ianya bertahan? Adakah bantuan dari Wak Joko dari Indonesia ( aku memang pantess! hahaha ) diperlukan untuk menghalau segala anasir jahat yang sudah lama mendiami kawasan itu. Ataupun adakah mereka akan membiarkan projek itu usang untuk diserahkan kepada Uncle Seeker's untuk mencari objek-objek paranormal? Sama-sama kita nantikan... 

Usah biarkan hidup anda diselubungi.. MISTERI.. hehehe..


Monday, March 14, 2011

Merong Mahawangsa

Kisahnya bermula dengan keinginan pemuda yang berkobar-kobar ingin menyaksikan sebuah filem epik yang dikatakan menjadi antara filem terhebat tahun 2011.
Perjalanannya bermula pd suatu malam. Selepas menjamah hidangan malam. Dia beransur keluar. Mencari jalan ke suatu tempat bernama Panggung Wayang.
Setibanya dia disitu. Lantas dia bermohon untuk mendapatkan kebenaran masuk ke dalam.

Gadis Tiket : Merong Mahawangsa 2 org?
Dirinya : Tidak. hanya untuk diriku seorang. :)

Lalu dia pn meneruskan perjalanannya. Kembali ke suatu masa yang dirinya sendiri tidak tahu asal usulnya.
Selepas hampir 2 jam menjalani suatu pengalaman dan ranjau yang mencabar. Dia pn keluar dari khayalannya. Kembali menuju ke alam yang nyata sambil berkata.

" best la pulak. mcm nk tgk skli lg je. hehehe. "


Sinopsis



Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Ulasan Filem

Dari segi jalan cerita. Aku bagi 4.5 dr 5 bintang. Sebab aku rase cerita ni mmg best. Cuma biasalah. Tiada yang sempurna. Lakonan yang dibawa oleh pelakon2 terutama Stephen Rahman-Hughes nampak amat hidup.  Menyebabkan penonton merasakan seperti mereka ada di dalam penceritaan tersebut. Aksi lagak ngeri dalam filem ini juga tidaklah mengecewakan. Ternyata segala aspek pertempuran dahulu kala amat diambil berat oleh pihak produksi filem untuk menjayakan filem ini. Dari segi CGI. Ternyata KRU PRODUCTION mempunyai kemudahan yang hi-tech untuk menjayakan lagi filem ini. Cuma pd babak Merong sedang berlatih bersama Pak Kesum diatas bukit dan pada pengakhiran cerita ketika Sultan Mulzafar Shah melihat ke laut, permandangannya nampak agak pelik. Selain itu, aku juga bertanya mngapa tidak Puteri Meng Li Hua dan Ying Ying tidak berbicara dalam bahasa ibunda mereka walaupun pd saaat mereka berdua sahaja. Ini nampak agak kurang menyenangkan. Watak Jehan Miskin? Hahaha. Adakah dia dibayar sama seperti pelakon pembantu yg lain? Kerana watak yg diberi kepada seorang pelakon hebat begitu amatlah kecil sekali. Jelas terlihat dia terhuyung-hayang di dalam sampan ketika ingin menyerang kerajaan geruda. Tertunduk-tunduk nk imbangkan badan. Kehkehkeh.. Selain daripada itu. Pertuturan bahasa melayu lama yg dituturkan dalam filem ini juga tidaklah kuat. Kerana dialek @ loghat zaman kini lebih banyak kita dengar dalam pertuturan mereka. Akhir kata, sekalung tahniah buat produksi KRU MOTION kerana berjaya menghasilkan sebuah filem epik yang terhebat di Malaysia setakat ini. Syabas!