Tuesday, July 26, 2011

Siapa Dia ?

Sofi Jikan @  Shoffi Jikan ..
barangkali ada yang tidak mengenali beliau sebelum ini ..
tetapi impak yang terlalu besar dalam filem KL GANGSTER menjadikan namanya lekat di bibir peminat filem tempatan ..

bagi diri empunya blog ini .. dia sudah lama mengagumi kehebatan aura lakonan yang dibawa oleh SJ ..
ingat lagi pada Zul Kapan Malaikat Maut dalam filem Rock ?
ingat lagi pada dia yang ada SPM dalam Zombi Kampung Pisang ?
dan ingatkah anda pada Fendi Afifi yang tidak dapat melakukan persembahan ketika Malam Amal Kampung Talang ( Man Laksa ) akibat sakit perut ? ( hanya muncul dalam 1 babak tidak sampai seminit )

walaupun kadang kala watak yang dibawa tidak sebesar mana .. namun hasil lakonan SJ cukup membanggakan .. pedulikan tentang populariti .. yang penting mutu lakonan anda ..
kalau top pon berlakon macam kayu nak buat apa kan ?

tahniah .. anda memang hebat !  :)

kiri - estet , atas kanan - rock , bawah kanan - kala malam bulan mengambang

hantu kak limah balik rumah

zombie kampung pisang

ajib ! kl gangster

kapoww 

los dan faun

Sunday, July 17, 2011

Selangor Uji Pemain Import

Kelantan da try da player import dorang masa lawan ngn pelita jaya..
kini tiba giliran skuad Gergasi Merah Kuning pula..
dikhabarkan FAS dalam satu sumber sulit mahu menggaji pemain dari Amareka Latin..
sebelum ini.. skuad Selangor juga pernah menggunakan khidmat pemain dari Argentina pada musim 2005 dulu kala.. x perlu disebutkan namanya.. takut beliau tersedak-sedak pula di kampung halamannya saat ini..
OK . berbalik kepada topik utama kita.. FAS telah menyenarai pendekkan 2 penjaga gol dan 1 penyerang untuk diuji dalam perlawan persahabatan yang akan datang.. Mereka adalah :

Muslera


penjaga gol muda dari Uruguay ini sememangnya pantas dan efisien. dialah dalang kepada kekalahan Ghana pd Piala Dunia 2010 dan Argentina pd Piala Copa America 2011. jadi tidak dapat dinafikan lagi mengapa FAS membuka mata mereka dan berusaha dalam mendapatkan pemain ini. syabas FAS !

Markus


siapa diantara peminat bola sepak tempatan yg tidak mengenal beliau ? disebalik kemengadaannya tentang pancaran laser pd AFF Suzuki Cup yang lalu.. beliau harus dipandang sebagai seorang penjaga gol yang berkaliber.. kemungkinan apabila beliau diambil bermain untuk skuad Selangor.. Stadium Shah Alam akan kembali penuh dengan penyokong2 dari endonesia.. tahniah FAS kerana bijak mencari lubang buat duit .

Samed Yesil


siapakah beliau ? mungkin ramai yang tidak mengenalinya lagi.. namun bintang muda berumur 17 tahun ini sememangnya bakal menjadi pemain terbaik suatu hari lagi.. tidak banyak yang mahu diperkatakan tentang beliau.. kita tunggu saja aksinya di Liga Super musim depan.. :)  kali ini tahniah banyak2 buat FAS kerana bijak mencari pemain muda berkualiti.

Diharap tiada pula bantahan atau halangan dari pihak FAM untuk Selangor menggunakan pemain2 ini.
I LOVE FAM ! :)

p/s : ini sekadar angan-angan kosongku.. :)