Tuesday, June 21, 2011

Futsal Di KB !

Jumaat, 17 Jun 2011


Hari yang ditunggu-tunggu menjelang tiba.. petang itu kami semua bergerak ke Stadium Mohamad IV untuk membeli tiket perlawanan persahabatan Malaysia vs Myanmar.. setibanya di sana.. para pemain sedang menjalani latihan terakhir dalam keadaan hujan renyai mulai turun.. tatkala itu bahuku ditepuk oleh Ayahanda Lan Gajah.. " jangan main power sgt malam ni.. " zuuppp !! ketika itu aq rasa saka beliau telah masuk dan mungkin akan menghalang aq dari perform malam tu.. hahaha..

Malam menjelma.. KB Arena tempatnya..
Perlawanan pertama - ketidakserasian kami menjadikan pasukan yg baru dibentuk itu tewas dalam pertemuan pertama kepada Ultras Tranung 1 - 0 ..

Perlawanan kedua - perlawanan pertama mematangkan pasukan ini dengan pantas. kemenangan berpihak kepada ultraSel dengan keputusan 6 - 0 .. Canary Knight Ultras tumbang akhirnya..

Perlawanan ketiga - detik penentuan siapa yg bakal layak ke separuh akhir ditentukan dalam perlawanan ini.. keputusan berpihak kepada ultraSel dengan kemenangan 1 - 0 terhadap Ultras Malaya A.. Seluruh krew pasukan meluru masuk ke dalam gelanggang sebaik wisel penamat ditiupkan.. :)

Separuh Akhir - menemukan kami dengan pasukan pilihan Elephant Army Ultras. kehebatan Chenko dan rakan sepasukannya tidak dapat disangkal.. namun begitu kami gembira akhirnya penjaga gol mereka ditewaskan oleh Shah Amirul.. keputusan akhir.. uS 1 - 2 EAU ..

Penentuan tempat ke - 3 - misi membalas dendam terhadap Ultras Tranung. kedua - dua pasukan bermain dengan baik.. hingga wisel penamat ditiupkan.. keputusan terikat 1 - 1..
Sepakan Penalti - badi penalti menghalang aq untuk menjadi wira malam tersebut.. tahniah kepada Farid.. Ijam.. Edy kerana menjaringkan gol dan juga Arif Billah kerana menyelamatkan sepakan penalti yang gagal disempurnakan oleh pemain lawan..

keraian yang lebih dari bergelar juara.. walaupun aq x nampak Tom Kucar - Kacir berguling - guling masa tu. hahaha.. TERIMA KASIH SEMUA KERANA MEMBUATKAN AKU BANGGA !

kredit to JEBAT , IZZAT SU , RESHAD , APIS , IJAT , SHAH , IJAM , EDY , PAU , HADI , GAMBIT , AZIM dan lain - lain.. KORANG MEMANG HEBAT !  :)

4 comments:

  1. pergh...aku tgk pn pening.hahaha..byk sgt nama.hehhee.tahniah yek no 3

    ReplyDelete
  2. ade lah.. last skli tu. keh keh keh..

    BIG CREDIT TO OUR BIG BOSS ! KHASYFUL AZIM ! TQ SO MUCH !

    ReplyDelete